Sunday, June 5, 2011

Pujuklah hati.


 





       

           Hati ? Mengapa mesti hati yang di pujuk ? Teringat hadis sahih nabi yang sangat popular didengari : Suatu hari Nabi bertanya kepada sahabat "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.”Maka sahabat bertanya “apakah itu wahai rasulullah”Nabi menjawab,”ketahuilah,itulah hati.". Mengapa hati yang menjadi pilihan Rasulullah? Itu kerana jawapannya ada pada kita sendiri.Pernahkah kita rasa marah?tentu pernah bukan,dan apabila marah hati kita terasa pedih dan sakit.Pernah merasa sedih?Tentu sekali pernah bukan,dan apabila sedih hati terasa hiba dan pilu,begitu juga ketika gembira dan suka hati akan rasa senang dan lapang.


MEMUJUK HATI

      Bukan mudah memujuk hati, kerana apa ? kerana aku juga sukar melakukannya. Kita bukanlah nabi,kita bukanlah ulama ,apatah lagi ahli sufi ,iya kita bukan semua itu ,namun Allah telah berfirman "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74). Jelas ? Allah telah menyatakan bahawa sesiapa sahaja mampu untuk tunduk kepadanya, dan semua itu bermula daripada hati ,jadi pujuklah hati untuk tunduk kepadanya kerana apabila hati tunduk kepadanya insyaallah Allah akan memudahkan perjalanan hidup hambanya.



TUNDUKKAN HATIMU KEPADA-NYA



       Seharusnya apabila kita ditimpa kesusahan ,Allahlah tempat kita mengadu,dan apabila ingin meminta Allahlah tempat yang sepatutnya, bukankah Allah pernah berfirman Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah : 5). Ini kerana apabila kita memohon kepada Allah ,sesungguhnya Allah maha mendengar tidak akan biarkan hambanya sendirian melainkan meskipun itu ujian kepadanya , tetapi adakalanya apabila memohon kepada Allah, kita rasakan seperti Allah tidak membantu kita ,astagfirullahazim….Tidak semestinya Allah akan terus menolong kita secara mendadak ,kadangkala Allah hanya memasukkan rasa tenang dan sabar ke dalam hati kita untuk menhadapi sesuatu masalah ,itulah hidayah agung Allah.Dengan ketenangan dan kesabaran yang diberi kita mampu untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi.Cuba lihat situasi ini, seorang budak kecil telah terjatuh dan terluka di tangannya, dia menangis lalu pergi kepada ibunya untuk mengadu kerana bagi dia itulah tempat yang paling baik untuk mengadu.Si ibu dengan penuh kasih sayang memeluk lalu memujuk, sebagai penenang ibu tersebut meniup-niup tangan si anak yang kesakitan.Jelas  sekali si anak akhirnya terdiam dan berhenti menangis. Kita fikirkan kembali ,adakah kesakitan di tangan anak tersebut benar-benar hilang? Tentu sekali tidak, tetapi setelah ibunya menenangkannya ,dia akhirnya terdiam.Begitulah jika hati kita tunduk kepada Allah. Allah akan memberi ketenangan untuk hambanya yang dalam kesusahan walaupun sebenarnya kesulitan itu belum berakhir,tetapi dengan ketenangan itulah kunci kepada penyelesaian.Wallahualam.Renungkanlah:
“Jangan engkau menuntut pada Allah, agar mengeluarkan kamu dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila Allah Ta’ala telah menghendaki perubahan itu, pasti Allah Swt. akan mengalihkanmu kepada keadaan yang baru, dengan tidak perlu mengeluarkan anda dari keadaan yang lama.”

Thursday, April 28, 2011


Sangkaan yang tak disangka ?

"Eh ji, kenapa ada orang selalu bersangka buruk pada kita yer?".Tanya seorang rakan.."arrrr...maksud kau???".Balasku spontan.."Iye la,kadang-kadang,ape yang kita buat orang boleh salah sangka.".."Hahaha,perkara biasa lah tu,manusia memang macam tu,lain yang kita buat kadang -kadang lain yang mereka fikirkan tapi, tak semua macam tu.."Balasku..

    Perbualan bersama seorang rakan sekelas masih lagi terpahat walaupun telah beberapa tahun berlalu,namun begitu, kadangkala masih lagi terfikir di dalam benak kepala ini salah satu naluri yang telah di kurniakan oleh Allah kepada hambanya iaitu sangkaan manusia.Sangkaan merupakan sesuatu rasa atau perspektif yang pertama sekali akan terkeluar daripada otak kita untuk menilai perbuatan seseorang dalam apa jua perkara yang dilakukannya.Seperti contoh , jika kita terlihat seorang lelaki berjalan dengan mencurigakan di kawasan perumahan,tentu sekali kita akan beranggapan dia seorang pencuri,begitu juga jika kita melihat seorang tua duduk mengemis di tepi jalan tentu sekali kita akan beranggapan bahawa dia seorang pengemis,namun boleh sahaja jadi yang berjalan seorang diri di kawasan perumahan itu adalah seorang pengawal keselamatan dan seorang tua yang duduk mengemis itu hanya lah berlakon untuk mengaut keuntungan mudah..

SANGKAAN TANPA BUKTI 

    Tanggapan tanpa bukti boleh sahaja menimbulkan fitnah kepada orang lain,dan oleh sebab itu lah kita sendiri telah diingatkan supaya selalu berbaik sangka kepada orang lain oleh nabi junjungan kita Muhammad S.A.W dalam hadisnya "dan hendaklah kamu berbaik sangka......." Sememangnya sangkaan yang baik akan memandu kita untuk mengikis sifat-sifat dan sangkaan buruk kepada insan lain.Oleh itu sebaik-baik sangkaan itu adalah sangkaan yang kita tahu atau pasti kesahihannya kerana akhirnya jika sangkaan kita meleset ,maka sangkaan itu berkemungkinan akan membawa kesan yang lebih buruk yang boleh menyebabkan pergaduhan dan fitnah berleluasa.Firman Allah dalam ayatnya yang bermaksud  Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. [Al-Isra’ 36].

Jauhilah kebanyakan sangkaan.

    Firman Allah dalam ayatnya “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12]. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah sendiri mengingatkan manusia supaya mengurangkan kebanyakkan sangkaan kerana sebahagiannya adalah dosa.Jadi, sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari daripada bersangkaan kepada insan lain,namun begitu , kesimpulannya kita haruslah mengawalnya berpandukan al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri.

Berikut merupakan nasihat seorang ulama' ternama dalam bersangkaan terhadap insan lain.

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 


-Selamat beramal-