Thursday, November 22, 2012

Setitis Ujian

         

 "Sabar kawan, tu sume dugaan Allah, Dia nak uji kau,Dia nak tengok kau Sabar atau tak,Allah uji kite, sebab Allah sayangkan kite.."

Setiap kali ditimpa ujian, itulah kata-kata semangat yang sering dilontarkan oleh bibir-bibir sahabat terdekat atau aku sendiri kepada mereka yang ditimpa musibah atau ujian sebagai penaik semangat. Namun terkadang aku sedar, betapa sukarnya untuk menelan sebuah “kalimat” yang sungguh benar itu. Terasa seperti diri dicabar, terasa seperti ujian itu tak sepatutnya di lontarkan kepada aku. SubhanAllah, apa yang aku fikirkan…

Ujian atas kesalahan yang lalu….



Sejenak aku berfikir, muhasabah diri sebentar, membuka lembaran tafsir yang ku miliki dengan harapan mencari solusi atas ujian yang benar-benar menguji ketabahanku..Terdetik di hati, lalu cepat-cepat tangan menyelak pantas untuk mencari Surah Ar-rahman. Ku ratapi setiap maksud dan tafsirannya, sudah cukup membuatkan sendi-sendi yang selama ini tegak berdiri, patah…longlai…hati bagai tertusuk dengan panah yang berapi,setiap kali mataku melirik ayat ini :

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

SubhanAllah,sudah berapa banyak nikmat-Mu yang telah aku dustakan, adakah ujian yang kecil ini juga aku pertikaikan?
Setelah bermacam dosa dan alpa aku hadiahkan kepada-Mu….

SubhanAllah,sudah berapa banyak  nikmat-Mu yang aku dustakan?setelah Kau beriku peluang untuk mengecapi rezeki yang ada di langit dan di bumi, untuk kesenanganku, namun Ya Rabb…berapa banyakkah yang aku bersyukur?

Tersadar aku dari terlena, ujian yang datang mempunyai tarbiyah yang tersendiri. Mendidik diri mengenal Tuhan yang sering dilupai, Tuhan yang memberi rezeki, Tuhan yang memberi nikmat dan kejayaan selama ini.

Sahabatku berkata :

SETIAP ORANG TU JALANNYE LAIN,ALLAH DAH TETAPKAN,ADE YANG SUSAH,ADE YANG SENANG,TAPI SEMUA JALAN TU BAIK UNTUK DIRI KITA,TAK SEMUA ORANG ADA KAT ATAS,MESTI KENA RASE KAT BAWAH JUGE,SABAR YE,ALLAH SAYANG SEBENARNYA TU,ALLAH TAK KAN BIARKAN HAMBANYA DIUJI TANPE SEBAB…”


MENCIPTA LANGKAH



Alhamdulillah, hakikat sebenar sudah tersemat di hati, ucapan “hikmat” terasa lebih benar.Tiada lagi keraguan,semuanya adalah kehendak Allah..

BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH, KERANA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TIDAK AKU KETAHUI,,,

No comments:

Post a Comment