Hati ? Mengapa mesti hati yang di pujuk ? Teringat hadis sahih nabi yang sangat popular didengari : Suatu hari Nabi bertanya kepada sahabat "sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.”Maka sahabat bertanya “apakah itu wahai rasulullah”Nabi menjawab,”ketahuilah,itulah hati.". Mengapa hati yang menjadi pilihan Rasulullah? Itu kerana jawapannya ada pada kita sendiri.Pernahkah kita rasa marah?tentu pernah bukan,dan apabila marah hati kita terasa pedih dan sakit.Pernah merasa sedih?Tentu sekali pernah bukan,dan apabila sedih hati terasa hiba dan pilu,begitu juga ketika gembira dan suka hati akan rasa senang dan lapang.
MEMUJUK HATI
Bukan mudah memujuk hati, kerana apa ? kerana aku juga sukar melakukannya. Kita bukanlah nabi,kita bukanlah ulama ,apatah lagi ahli sufi ,iya kita bukan semua itu ,namun Allah telah berfirman "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74). Jelas ? Allah telah menyatakan bahawa sesiapa sahaja mampu untuk tunduk kepadanya, dan semua itu bermula daripada hati ,jadi pujuklah hati untuk tunduk kepadanya kerana apabila hati tunduk kepadanya insyaallah Allah akan memudahkan perjalanan hidup hambanya.
TUNDUKKAN HATIMU KEPADA-NYA
Seharusnya apabila kita ditimpa kesusahan ,Allahlah tempat kita mengadu,dan apabila ingin meminta Allahlah tempat yang sepatutnya, bukankah Allah pernah berfirman “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami mohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah : 5). Ini kerana apabila kita memohon kepada Allah ,sesungguhnya Allah maha mendengar tidak akan biarkan hambanya sendirian melainkan meskipun itu ujian kepadanya , tetapi adakalanya apabila memohon kepada Allah, kita rasakan seperti Allah tidak membantu kita ,astagfirullahazim….Tidak semestinya Allah akan terus menolong kita secara mendadak ,kadangkala Allah hanya memasukkan rasa tenang dan sabar ke dalam hati kita untuk menhadapi sesuatu masalah ,itulah hidayah agung Allah.Dengan ketenangan dan kesabaran yang diberi kita mampu untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi.Cuba lihat situasi ini, seorang budak kecil telah terjatuh dan terluka di tangannya, dia menangis lalu pergi kepada ibunya untuk mengadu kerana bagi dia itulah tempat yang paling baik untuk mengadu.Si ibu dengan penuh kasih sayang memeluk lalu memujuk, sebagai penenang ibu tersebut meniup-niup tangan si anak yang kesakitan.Jelas sekali si anak akhirnya terdiam dan berhenti menangis. Kita fikirkan kembali ,adakah kesakitan di tangan anak tersebut benar-benar hilang? Tentu sekali tidak, tetapi setelah ibunya menenangkannya ,dia akhirnya terdiam.Begitulah jika hati kita tunduk kepada Allah. Allah akan memberi ketenangan untuk hambanya yang dalam kesusahan walaupun sebenarnya kesulitan itu belum berakhir,tetapi dengan ketenangan itulah kunci kepada penyelesaian.Wallahualam.Renungkanlah:
“Jangan engkau menuntut pada Allah, agar mengeluarkan kamu dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila Allah Ta’ala telah menghendaki perubahan itu, pasti Allah Swt. akan mengalihkanmu kepada keadaan yang baru, dengan tidak perlu mengeluarkan anda dari keadaan yang lama.”