Tuesday, December 4, 2012

Bingkisan Hati




Bila hati yang berbicara… lidah kelu tak terkata… Tiada kata yang mampu dilafaz… Hati berdetik malu kepadaNya… Meskipun berdiri dihadapan makhluk juga hamba ciptaanNya, tetap tak mampu mengangkat wajah… Kaku untuk bertingkah… Keyakinankah yang hilang…? Atau apa..?

Jika selama ini tiada siapa yang mampu mematahkan pendirianku… tetapi, apabila kalamNya berbicara… hatiku menjadi perkara kedua yang kutolak tepi buat sementara… Perjuangan ini perlu diteruskan mengikut redhaNya…



Aku? Hatiku ini terus-menerus berbicara… Bila hati yang berbicara… sudah pastilah mulut terkunci tanpa kata… Seakan-akan kupunyai duniaku yang kedua… Berat sekali untuk membuat keputusan… Yang pasti, bicara dan cahaya petunjukNya yang diharapkan untuk memimpin hati, fikiran dan keputusan yang bakal dibuat…

Jalan ini dipilih bukan kerana hati, tapi keranaNya… Kuketepikan semua kepentingan diri bukan kerana hati, tapi kerana Rabbuna wa Rabbu abaa ikum… Walau macam manapun, Aku harus pilih!






Ada yang mengeluh,
ingin gugur dan jatuh,
lalu dia berkata ‘LELAH’..

Ada yang lelah,
tubuhnya penat,
tapi semangatnya kuat,
dan dia berkata LILLAH..!

Ya Rabbi, tunjukkan aku jalan!
Kerna aku pencari-Nya
Kerna aku pencari-Mu..

Thursday, November 22, 2012

Setitis Ujian

         

 "Sabar kawan, tu sume dugaan Allah, Dia nak uji kau,Dia nak tengok kau Sabar atau tak,Allah uji kite, sebab Allah sayangkan kite.."

Setiap kali ditimpa ujian, itulah kata-kata semangat yang sering dilontarkan oleh bibir-bibir sahabat terdekat atau aku sendiri kepada mereka yang ditimpa musibah atau ujian sebagai penaik semangat. Namun terkadang aku sedar, betapa sukarnya untuk menelan sebuah “kalimat” yang sungguh benar itu. Terasa seperti diri dicabar, terasa seperti ujian itu tak sepatutnya di lontarkan kepada aku. SubhanAllah, apa yang aku fikirkan…

Ujian atas kesalahan yang lalu….



Sejenak aku berfikir, muhasabah diri sebentar, membuka lembaran tafsir yang ku miliki dengan harapan mencari solusi atas ujian yang benar-benar menguji ketabahanku..Terdetik di hati, lalu cepat-cepat tangan menyelak pantas untuk mencari Surah Ar-rahman. Ku ratapi setiap maksud dan tafsirannya, sudah cukup membuatkan sendi-sendi yang selama ini tegak berdiri, patah…longlai…hati bagai tertusuk dengan panah yang berapi,setiap kali mataku melirik ayat ini :

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

SubhanAllah,sudah berapa banyak nikmat-Mu yang telah aku dustakan, adakah ujian yang kecil ini juga aku pertikaikan?
Setelah bermacam dosa dan alpa aku hadiahkan kepada-Mu….

SubhanAllah,sudah berapa banyak  nikmat-Mu yang aku dustakan?setelah Kau beriku peluang untuk mengecapi rezeki yang ada di langit dan di bumi, untuk kesenanganku, namun Ya Rabb…berapa banyakkah yang aku bersyukur?

Tersadar aku dari terlena, ujian yang datang mempunyai tarbiyah yang tersendiri. Mendidik diri mengenal Tuhan yang sering dilupai, Tuhan yang memberi rezeki, Tuhan yang memberi nikmat dan kejayaan selama ini.

Sahabatku berkata :

SETIAP ORANG TU JALANNYE LAIN,ALLAH DAH TETAPKAN,ADE YANG SUSAH,ADE YANG SENANG,TAPI SEMUA JALAN TU BAIK UNTUK DIRI KITA,TAK SEMUA ORANG ADA KAT ATAS,MESTI KENA RASE KAT BAWAH JUGE,SABAR YE,ALLAH SAYANG SEBENARNYA TU,ALLAH TAK KAN BIARKAN HAMBANYA DIUJI TANPE SEBAB…”


MENCIPTA LANGKAH



Alhamdulillah, hakikat sebenar sudah tersemat di hati, ucapan “hikmat” terasa lebih benar.Tiada lagi keraguan,semuanya adalah kehendak Allah..

BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH, KERANA ENGKAU MAHA MENGETAHUI APA YANG TIDAK AKU KETAHUI,,,

Tuesday, October 30, 2012

MELAYAN KERENAH DUO SI COMEL...


Dua adik-beradik yang berlainan karakter, itulah Hana Maisara si kakak, dan Haziq si adik..
Hana : Periang orangnya,lincah,suke menjerit dan sangat hapening dalam keluarga kami,bila dia ade,1 rumh penuh dengan gelak tawanya.

Haziq: Pendiam,sangat suke dipeluk dan dicium,bijak dan cool

       Walaupun berlainan karakter,duo ni memang senang bersama, cuma si kakak selalu buat si adik terdiam, huhu..Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata daripada kakak sulong ku ini,kerana melihat gelagat mereka yang bermacam ragam membuatkan aku tersenyum sendiri,kadang-kadang pening kepala,kadang-kadang rasa suka,terutamanya melihat perangai kakak yang "hyper-active".

      Cepat betul rindu aku pada duo ni datang, rase x sabar nak tunggu 20hb nanti.


Hana marah kat Pakngah...comel..


Haziq masa nak balik..


Bergambar waktu bufday Pak ude Hana dan Haziq


Pakngah dan Makngah dengan Hana.

Friday, July 27, 2012

Aku kembali......

Dah lame sangat x update blog, Insyaallah lepas ni, aku akan update ape cerite yang berlegar di sekeliling  aku....
InsyaAllah....