Tuesday, December 4, 2012

Bingkisan Hati




Bila hati yang berbicara… lidah kelu tak terkata… Tiada kata yang mampu dilafaz… Hati berdetik malu kepadaNya… Meskipun berdiri dihadapan makhluk juga hamba ciptaanNya, tetap tak mampu mengangkat wajah… Kaku untuk bertingkah… Keyakinankah yang hilang…? Atau apa..?

Jika selama ini tiada siapa yang mampu mematahkan pendirianku… tetapi, apabila kalamNya berbicara… hatiku menjadi perkara kedua yang kutolak tepi buat sementara… Perjuangan ini perlu diteruskan mengikut redhaNya…



Aku? Hatiku ini terus-menerus berbicara… Bila hati yang berbicara… sudah pastilah mulut terkunci tanpa kata… Seakan-akan kupunyai duniaku yang kedua… Berat sekali untuk membuat keputusan… Yang pasti, bicara dan cahaya petunjukNya yang diharapkan untuk memimpin hati, fikiran dan keputusan yang bakal dibuat…

Jalan ini dipilih bukan kerana hati, tapi keranaNya… Kuketepikan semua kepentingan diri bukan kerana hati, tapi kerana Rabbuna wa Rabbu abaa ikum… Walau macam manapun, Aku harus pilih!






Ada yang mengeluh,
ingin gugur dan jatuh,
lalu dia berkata ‘LELAH’..

Ada yang lelah,
tubuhnya penat,
tapi semangatnya kuat,
dan dia berkata LILLAH..!

Ya Rabbi, tunjukkan aku jalan!
Kerna aku pencari-Nya
Kerna aku pencari-Mu..